Sunday, June 12, 2011

Renungan buat wanita Islam...masa kini..nauzubillah~


Di sini aq nak menyentuh tentang pemakaian tudung  bg kaum wanita Islam..remaja..kanak2 yg akil baliq... masa kini sebagai renungan.....lihat..baca..fikir...


Wanita yg menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita Mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga aurat mereka, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana-sini wanita mula memakai tudung. 

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan seumpamanya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Sekarang terdapat macam2 rekaan tudung d luar sana, dihias dgn kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk fesyen tudung...menarik org ramai bertudung tapi niat ke arah lain...

Yang lebih teruk zaman sekarang....bertudung ttp lalai dan tidak solat..keluar ngn boyfrenz..menyentuh lelaki bukan mahram..sdgkan yg belajar bdg agama pun masih tidak dpt gerenti die dpt menjaga auratnya...apatah lagi yg kurang asas agama..

Orang camni  yg mencemarkan nilai tudung tu sebenarnya...peranan tudung bukan saja menutup aurat..malah b'dakwah..sbg org Islam kita harus menunjuk contoh yg baik utk agama lain.bukan hipokrit..kejap2 pakai..pastu buang..kalu rasa cantik pakai...ishk3..

so..bg wanita2 kat luar sana...tak kiralah korang nie jahat ke...baik ke..pelakon ke...maharani sekalipon...kalu dah Islam tue..ngeti2 lah pakai tudung....pakailah fesyen macam mana pon...yg penting x melanggar syariat Allah....aq pon pakai tudung fesyen2 gak..ikut up-to-date gak..sofistikated..bergaya..ada kelas....tapi hukum tetap hukum...yg penting bawah dada..kalu nak belit2 tue..agak2 labuh la cikit....supaya x nampak ap yg x patot nampak..


Renung-renungkanlah dan selamat berubah...^_^

No comments:

Post a Comment